Monday, August 18, 2014

Mak Nyah dan Doa

*sekadar gambar hiasan*

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini sebab ianya muncul di timeline facebook saya.

Saya suka follow bermacam-macam orang di facebook untuk mengetahui lagi sisi dunia dari perspektif dan sudut yang berbeza.

Walaupun hakikatnya, apa yang beliau utarakan kadangkala sama sekali bercanggah dengan perspektif Islam.

Tetapi seperti tajuk di atas, Mak Nyah dan Doa.

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah salah seorang yang saya follow di facebook ini *bukan friend* telah menyertai satu Mak Nyah event. Tulisan di facebook beliau berbunyi begini

"At a Mak Nyah's event. Beauty Pageant for over 40s... They started with a Doa... How ironic... These people love their God but human beings are too cruel to leave them be.."

Mungkin bagi kebanyakan orang, mereka akan mengatakan bahawa mereka ini seolah-olah menghina Islam dengan berdoa untuk suatu majlis yang sudah tentu bercanggahan dengan Islam.

Tapi saya mungkin berpendapat yang berbeza dengan mereka.Apa yang saya fikir adalah, mungkin betul juga apa yang beliau kata. Kadang-kadang golongan Mak Nyah ini sangat menyayangi Tuhan mereka tetapi masyarakat sendiri yang telah membuatkan mereka menjauhi Tuhan. 

Majoriti masyarakat kini lebih gemar menghakimi, mengadili serta mengejek-ejek mereka berbanding mereka yang membimbing. 

Masalahnya pula, golongan yang mengejek itu pula tidak semestinya mereka yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Kerana jika mereka perpegang teguh, mereka tidak akan mengejek tetapi akan membimbing mereka lagi.

Begitu sedikit golongan yang ingin duduk bersama mereka dan bertanya apa silapnya mereka menjadi begini. Mereka lebih kepada berkata

 "feeewiiiiiiiiitttttttttt, cunnya makwe!" 

daripada menerangkan perkara tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. Diakui, ada juga di antara mereka yang sudah mengetahui apakah implikasinya terhadap balasan di akhirat tetapi tetap meneruskan perbuatan itu.

Hal ini adalah kerana, mungkin mereka tidak menjumpai orang yang dapat membimbing mereka dan mereka berasa perempuan itu sifatnya cantik dengan make up dan pakaian yang seksi sebegitu dan mereka yang sebegitu lebih banyak dilayan oleh lelaki dan kadang-kadang juga disenangi oleh perempuan sendiri.

Mereka lebih gemar melepak bersama orang-orang yang sejenis dengan mereka kerana mereka berpendapat masyarakat sangat membenci golongan seperti mereka. 

Golongan seperti ini kadangkala wujud rasa ingin bertaubat dalam diri mereka tetapi disebabkan mereka ini selalu dicaci maka mereka pun melambatkan taubat mereka. 

Sejujurnya saya juga berpendapat mereka ini kelakar kerana reaksi mereka kadangkala berlebih-lebihan berbanding perempuan yang biasa. Dan sejujurnya saya juga pernah terserempak dengan mereka di Genting Highland ketika beratur hendak menaiki salah satu permainan di Taman Tema tersebut. Mereka kelihatan begitu seronok di antara mereka dan mereka malas hendak fikir tentang apa yang masyarakat fikir tentang mereka kerana mereka tahu apa yang mereka akan terima adalah kutukan, dan bukan bimbingan. 

Diakui pada waktu itu, saya juga gelakkan mereka kerana cara mereka berpakaian dan juga reaksi yang berlebih-lebihan. Sekarang saya rasa menyesal kerana memperlekehkan mereka dan saya tidak seharusnya berkelakuan begitu walaupun saya tidak menunjukkan riak kurang senang terhadap mereka ketika berhadapan. Saya lebih kepada mengutuk mereka di dalam hati. Itu pun saya kira, satu dosa juga. Bukankah lebih elok jika saya doakan mereka mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada mengutuk mereka didalam hati? Sekali lagi saya ingin menyatakan, saya menyesal.

Ketika saya menonton Pencetus Ummah Akhir di Astro Oasis pada musim lalu, ada seorang yang melontarkan soalan kepada peserta Pencetus Ummah dan mengakui beliau adalah bekas seorang Mak Nyah dan Alhamdulillah sudah kembali ke jalan yang benar. Dan sekali lagi saya melihat beliau menjadi salah satu pengacara dalam Jejak Rasul. Bukankah ianya indah sekali? Disebabkan beliau telah bertaubat maka beliau pun ditawarkan untuk menjadi salah satu pengacara Jejak Rasul. Dapat merasa sendiri menjelajah ke seluruh pelosok Tanah Arab dan mendengar sejarahnya. Besar rezeki Allah berikan kepadanya.

Tidaklah saya katakan disini bahawa semua yang bertaubat itu akan diberi tawaran bekerja dengan Media Prima atau apa-apa sahaja tetiba saya lebih kepada mengatakan bahawa sekiranya mereka ini bertaubat, InsyaAllah Allah akan limpahkan lagi rezekiNya kepada mereka. Kali ini, rezeki yang halal pula. Walaupun diakui, dugaannya juga cukup besar untuk mereka. 

Saya berharap diberikan kekuatan oleh Allah untuk mendekati golongan ini dan cuba menerangkan kepada mereka betapa kasihnya Allah kepada mereka ini sekalipun mereka dicaci masyarakat sekeliling. Dan mungkin dengan itu saya dapat membimbing mereka ke jalan yang lebih baik. Saya juga harap kawan-kawan saya yang lelaki akan diberi kekuatan untuk mendekati mereka dan membimbing mereka.

Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambanya yang bertaubat. Sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat. Marilah kita sama-sama berdoa supaya mereka sedar betapa kasih dan cintaNya kepada hambaNya. Begitu banyak nikmat yang diberi dan marilah kia berharap mereka ini dapat salurkan nikmat itu ke jalan yang benar.

Dan sekiranya anda, yang terbaca blog saya ketika ini, adalah seorang Mak Nyah ataupun seertian dengannya. Ingatlah, teruskan berdoa supaya Allah kukuhkan hati-hati anda untuk anda berubah. Jumpalah mereka yang anda betul-betul rasa dapat membimbing anda dan jauhilah mereka yang segolongan dengan anda tetapi sebaliknya, andalah yang sepatutnya boleh menyedarkan mereka sedikit demi sedikit. Semoga Allah memberi kekuatan untuk anda. Jangan mudah mengalah. Setiap usaha anda itu berkemungkinan anda menerima pahala darinya kerana anda sedang bertarung dengan nafsu anda dan juga keredhaan Allah. InsyaAllah Allah kira segalanya. Pintu taubat masih lagi terbuka untuk anda.


Sekian sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, August 17, 2014

#InspireSeries Meeting Tun Dr Mahathir Mohamad!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Brothers and sisters.



Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2014, saya berpeluang menghadiri Program Inspire Series yang dianjurkan oleh Akademi Belia. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya apabila mendapat tahu saya bakal bertemu dengan Inspirasi hidup saya yang amat saya kagumi selama ini, Tun Dr Mahathir Mohamad. Seramai 800 orang telah memohon untuk menyertai program ini dan hanya 150 orang yang terpilih. Alangkah bertuahnya saya kerana dapat menyertai program yang sangat bermanfaat ini dan juga dapat duduk betul-betul di belakang Tun. Terasa aura Tun di sekeliling saya. Haha.

Semasa ketibaan Tun, kami dikehendaki berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Rasa sebak sangat waktu tu sebab saya berada betul-betul di belakang orang yang sangat berjasa untuk Malaysia. Dalam hati saya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sanjung dan sayangnya saya terhadap tokoh ini. Nama Tun sentiasa akan berada dalam doa saya.

Setelah itu, MC untuk program tersebut, Anwar Hadi dan Norin menjemput Datuk Saifuddin untuk memberi sepatah dua kata sebelum bicara bersama Tun diteruskan. Datuk Saifuddin menerangkan bahawa betapa berjasa dan berharganya Tun di mata dunia Islam itu sendiri. Beliau juga menambah bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang memberi bantuan kemanusiaan kepada Iraq suatu ketika dahulu. Pada waktu mulanya, Iraq enggan memberikan kerjasama kepada rombongan dari Malaysia tersebut tetapi disebabkan mereka memakai vest yang berlambangkan bendera Malaysia, mereka dibenarkan masuk. 

Pihak Iraq ketika itu berbicara sesama mereka sendiri dan menyebut “Mahathir, Mahathir” dan bukan “Malaysia, Malaysia”. Maksudnya di sini, Malaysia sendiri dikenali kerana Tun Dr Mahathir. Jika tiada beliau, Malaysia masih lagi dianggap seperti tidak dikenali dalam kalangan barat.

Setelah berakhirnya Datuk Saifuddin berucap, MC telah menjemput Ashwadi Ismail iaitu salah satu wartawan Astro Awani sebagai moderator dan kemudian mereka menjemput pula Bapa Pemodenan ini ke atas pentas.

Soalan pertama yang diutarakan oleh moderator untuk Tun adalah tentang Pembentukan Identiti Bangsa Malaysia. Adakah rakyat Malaysia pada ketika ini berada dalam landasan yang betul?

Tun menerangkan pada mulanya definisi Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia adalah sebuah bangsa yang berkongsi budaya, bahasa dan matlamat yang sama. Tun berpendapat bahawa rakyat Malaysia pada 2014 ini semakin jauh daripada pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Berbanding 60 tahun yang lepas, ketika mencapai kemerdekaan, wakil dari semua kaum bersetuju bahawa Malaysia akan terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.

Menurut Tun, perlu ada usaha radikal untuk membentuk bangsa Malaysia. Beliau menyebut juga tentang kebebasan bersuara yang digunakan sewenang-wenangnya oleh puak ekstremis manakala pihak moderat yang merupakan kebanyakan dari rakyat Malaysia pula memilih untuk berdiam diri. Tun juga ada menyatakan bahawa beliau tidak optimis bahawa identiti Negara Bangsa oleh rakyat Malaysia itu dapat dicapai.

Pabila ditanya tentang langkah radikal dalam pembentukan identiti bangsa Malaysia, Tun sekali lagi menegaskan bahawa pentingnya puak moderat untuk bersuara berbanding golongan ekstremis kerana puak moderat ini mewakili majoriti rakyat Malaysia. Sekiranya puak moderat berani secara beramai untuk menolak golongan ekstremis, maka perpaduan mungkin dapat dicapai.

Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa sistem persekolahan banyak mengasingkan kita. Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India, mereka masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai medium pembelajaran. Dan sudah tentu kebanyakan pelajar-pelajar di sekolah ini hanya terdiri daripada satu kaum sahaja. Begitu juga yang berlaku di Sekolah Kebangsaan, majoriti pelajarnya terdiri daripada golongan yang berbangsa Melayu. Tun juga berpendapat bahawa rakyat-rakyat Malaysia kurang bercampur gaul dengan berbilang bangsa.

Antara langkah yang boleh dilakukan menurut Tun adalah dengan mengadakan Sukan Tahunan yang memerlukan penglibatan dari sekolah-sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India. Dalam setiap pasukan perlulah disertai oleh peserta pelbagai bangsa supaya mereka dapat bergaul dan kenal antara satu sama lain.

Menyentuh tentang Sekolah Wawasan, beliau menyatakan bahawa apabila di kabinet, semua pemimpin daripada pelbagai kaum bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi apabila berhadapan dengan kaum masing-masing, mereka tidak cukup berani untuk menyatakan hasrat tersebut.

Rujuk pelaksanaan Sekolah Wawasan di sini

Masih di dalam isu pembentukan bangsa Malaysia, Tun menambah bahawa our founding fathers iaitu wakil-wakil pemimpin daripada pelbagai bangsa pada 60 tahun yang lepas, telah bersetuju bahawa negara ini akan terdiri daripada rakyat berbilang kaum. Kita sepatutnya berkongsi dari segi bidang ekonomi, politik dan juga sosial. Dari segi politik, sebuah parti politik sepatutnya dianggotai oleh ahli yang terdiri daripda pelbagai kaum. Manakala dari sudut ekonomi pula, diwujudkan Dasar Ekonomi Baru juga kerana ingin meningkatkan ekonomi daripada kaum yang tertinggal.

Tun menjelaskan bahawa sistem meritrokrasi, iaitu sistem yang hanya berlandaskan pencapaian, sebenarnya adalah tidak sesuai. Sistem meritokrasi hanya akan membuatkan golongan yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin bertambah miskin.

Moderator ada bertanya berkenaan dengan nilai-nilai universal dan Tun mempersoalkan bahawa siapakah yang menentukan definisi nilai-nilai universal ini? Beliau berpendapat bahawa Asian values ataupun nilai-nilai Asia juga tidak kurang hebatnya berbanding western values. Malah ianya lebih sesuai digunakan untuk negara Asia seperti negara kita tetapi malangnya golongan muda waktu ini amat muda terpengaruh dengan barat. Pada zaman Tun, mereka menolak habis-habisan nilai barat. Beliau juga menyatakan rasa sedikit kecewa bahawa golongan muda yang belajar di luar negara sendiri telah terima bulat-bulat sistem barat tanpa mengkaji dengan lebih lanjut.

Definisi Negara Maju menurut Tun adalah ditentukan oleh perkapita income. Perkapita income di Malaysia adalah sebanyak 11 ribu dolar Amerika. Namun bagi Tun, itu tidak menentukan kemajuan kita. Kita akan dapati golongan yang kaya adalah terlalu kaya dan golongan miskin, adalah teramat miskin dan dhaif. Pengurangan jurang antara kaya dan miskin ini adalah amat penting. Tambah beliau lagi, negara yang maju mempunyai industri yang canggih dan juga mengeluarkan barangan yang sangat berkualiti.

Dengan berakhirnya soalan berkenaan definisi negara maju itu, maka berakhirlah soalan daripada moderator. Namun kesempatan diberi juga kepada beberapa orang peserta untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Tun. Tun berkata bahawa beliau ingin menerima satu soalan pada satu-satu masa sahaja. Beliau berseloroh dengan mengatakan “Satu satu ye soalan. Saya lupa. Saya Melayu” dan disahut gelak tawa oleh para peserta #InspireSeries

-------------------------------------------------------



Sesi kedua merupakan sesi Question and Answer bersama peserta #InspireSeries . Soalan pertama yang teah diberikan oleh Tun adalah,

Sekiranya Tun diberikan kuasa, apakah langkah yang Tun akan lakukan untuk kembalikan anak muda bagi membentuk bangsa Malaysia?

Maka Tun pun berkata bahawa zaman ini sangat berbeza dengan 60 tahun yang lalu. Pada 60 tahun yang lalu, bapa keluar bekerja dan kaum ibu yang akan mengajar dan mendidik anak di rumah. Tapi pada zaman kini, kedua ibu bapa keluar bekerja dan kurang meluangkan masa dengan anak-anak. Masa dihabiskan banyak di sekolah. Tun menekankan tentang nilai-nilai yang perlu diajar dari kecil lagi. Guru-guru tadika misalnya, perlu menekankan aspek nilai disamping mengajar mereka tentang pengenalan huruf, nombor dan sebagainya. Begitu juga dengan guru-guru agama, mereka tidak terlatih untuk mengajar pelajar-pelajar ini dengan nilai dan akhlak yang baik tetapi hanya menekankan tentang aspek ibadah, feqah, sirah dan sebagainya. Sistem persekolahan sepatutnya mengajar pelajar tentang nilai dan pegangan hidup.

Soalan kedua kepada Tun telah diberikan oleh seorang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkenaan AEC 2015, sama ada Malaysia sudah bersedia untuk itu ataupun belum.

Tun menyatakan rasa ketidakyakinan beliau untuk Malaysia mengamalkan sistem dagangan bebas. Hal ini adalah kerana kebanyakan perjanjian yang dibuat selama ini banyak yang tidak memberi keuntungan kepada kita. Pihak yang berkenaan perlulah lebih bijak membuat keputusan dan perjanjian yang memberikan keuntungan kepada kita.

Soalan seterusnya adalah berkenaan pemansuhan kotak bangsa dalam isian borang-borang. Adakah ia perlu ataupun tidak. Dan juga apa implikasinya dan kebaikannya kepada masyarakat?

Tun dengan tenangnya menjawab, pemansuhan kotak bangsa dalam isian borang itu tidak perlu. Kerana usaha untuk menaikkan kaum yang tertinggal akan sukar dilakukan. Begitu juga di universiti, hak-hak kaum Melayu masih perlu diberi kerana untuk kurangkan jurang kerana kita sangat tertinggal daripada segi pendidikan.

Soalan yang diberikan oleh peserta seterusnya adalah, sampai bila kaum Melayu masih perlu diberikan tongkat?

Soalan yang saya kira agak kontroversi ini seperti biasa dijawab oleh Tun dengan tenang, Tun menyatakan bahawa tongkat yang diberikan kepada kaum Melayu adalah bersifat sementara. Tetapi malangnya ramai orang Melayu yang menganggap tongkat yang diberikan kepada mereka ini merupakan tanda mereka adalah lebih daripada orang lain. Mereka diberikan tongkat kerana kerajaan hanya ingin mengurangkan jurang-jurang kemunduran daripada bangsa Melayu kerana pada zaman pemerintahan British suatu ketika dahulu kita telah dibahagikan mengikut kaum dimana kaum Cina dapat menguasai ekonomi, kaum India pula diberikan tugas untuk perladangan  manakala kaum Melayu pula hanya terhad kepada bidang pertanian.

Peserta yang bertanyakan soalan ini nampaknya belum menjumpai jawapan yang beliau inginkan lalu beliau pun bertanya sekali lagi kepada Tun, “tetapi sampai bila Tun?”

Tun menerangkan bahawa pada sekarang ini sahaja sudah banyak hak-hak keistimewaan bagi kaum-kaum Melayu telah dikurangkan. Menurut Tun, tongkat yang diberikan tidak dapat dibuang terus. Jika dibuang terus tanpa bantuan dan bimbingan maka akan jatuhlah mereka. Kaum Melayu masih lagi memerlukan bantuan dari segi pelajaran. Dari sudut pendidikan, jika ingin menyeimbangkan bilangan kaum di Universiti Awam, maka ia perlu juga diseimbangkan dari segi Private universiti. Di universiti-universiti awam, peratusan kaum-kaum Melayu adalah seramai 60% berbanding kaum-kaum lain manakala di private universiti pula, jumlah kaum Melayu hanya dalam 10% dan 90% yang lain adalah terdiri daripada bukan Melayu.

Soalan kedua terakhir pula adalah berkenaan tips-tips untuk membuat keputusan? Apakah yang diperlukan oleh seseorang itu untuk membuat keputusan yang bagus seperti Tun.

Perkara penting yang diberikan oleh Tun adalah, sebelum membuat decision making, kita seharusnya mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara tersebut. Walaupun keputusan kita itu bukanlah popular dan tidak berapa mendapat sokongan rakyat, tetapi jika ianya bagus, maka ia perlu diteruskan.

Seseorang pemimpin haruslah berpandangan jauh dan dapat membuat keputusan yang memberikan keuntungan kepada negara. Beliau memberikan contoh, sewaktu ingin melaksanakan Sepang Circuit suatu ketika dahulu, beliau dapat banyak tentangan daripada rakyat. Rakyat mengatakan bahawa ia adalah suatu perkara yang membazir. Berapa banyak sangatlah rakyat Malaysia ini yang ingin berlumba di litar Sepang tersebut. Tetapi menurut Tun, peruntukan sebanyak 270 juta terhadap pembinaan Litar Sepang adalah berbaloi kerana kita sebenarnya memaksa dunia untuk melihat ke arah kita. Seperti yang kita tahu, apabila Formula One ini diadakan, ia sekaligus ianya dapat mempromosi Malaysia sebagai satu tempat pelancongan. Kerana ianya akan disiarkan ke 300 buah negara, dimana sekiranya kita ingin membuat promosi pelancongan ke negara-negara tersebut, ia juga menelan belanja yang besar iaitu sebanyak ratusan ribu yang hanya memakan masa 1 minit.

Rupa-rupanya program #Inspireseries ini juga disertai oleh seorang International student. Sebelum bertanyakan soalan, beliau memperkenalkan diri beliau dengan menyatakan nama dan juga menyatakan beliau adalah seorang International Student dan sedang menuntut di MMU dan beliau amat menyanjungi Tun Dr Mahathir. Beliau menyatakan bahawa, sekiranya terdapat satu pesanan oleh Tun, apakah pesanan tersebut yang dapat diberikan oleh Tun yang dapat membangunkan negara beliau. Setelah soalan berakhir, Tun bertanya daripada beliau daripada negara mana dan  beliau menjawab Bangladesh.

Tun menyatakan bahawa, sistem demokrasi amat bagus untuk memilih pemimpin. Tetapi rakyat perlu tahu terlebih dahulu definisi demokrasi. Kebanyakan rakyat tidak tahu definisi demokrasi yang sering dicanang-canang. Dari segi sistem demokrasi, sesebuah parti politik tidak selalunya menang. Kadang-kadang akan juga menerima kekalahan. Tetapi ramai yang tidak dapat menerima kekalahan tersebut tetapi sebaliknya menuduh pihak lawan melakukan penipuan dan sebagainya. Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau telah menang 5 kali pilihanraya dan beliau juga dituduh melakukan penipuan pada ketika itu. Tetapi mereka tidak dapat membuktikan apa-apa di mahkamah.

Begitu sekejap masa berlalu, soalan terakhir telah pun tiba dan saya berasa masa tersebut sangatlah singkat. Masa yang telah dipenuhi dengan pendapat dan nasihat-nasihat bernas daripada Tun sendiri.

Soalan terakhir pula adalah berkenaan dengan bahasa. Adakah bahasa Melayu ini penting untuk masa sekarang?

Tun menjawab dengan mengatakan bahawa beliau pernah menulis satu artikel di NST (New Straits Times) tentang betapa pentingnya bahasa Melayu. 

Namun harus beliau akui bahawa “The language of knowledge is English” 

Lagi-lagi dari segi ilmu Sains dan juga Matematik. Ilmu sains mengalami penukaran dan penambahan setiap hari kerana pesatnya kajian-kajian yang dilakukan. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah amat perlu. Jika kita gagal untuk meguasai Bahasa Inggeris, kita hanya akan menjadi bangsa pengguna dan bukan bangsa pencipta.

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “Habis, yang Jepun dan Korea tu macam mana?” Tun menjawab, 

“Saya pernah ke Jepun, pernah ke Korea, bahasa apakah yang saya gunakan dengan mereka?” 

Persoalan yang diberikan beliau itu beliau biarkan begitu sahaja dan rasanya kita sudah cukup bijak untuk mengatakan bahasa apa yang beliau telah gunakan untuk berbicara dengan pemimpin Jepun dan Korea tersebut. Jepun juga mengakui bahawa bahasa untuk mendapatkan ilmu adalah bahasa Inggeris. Banyak jurnal-jurnal di Jepun adalah berbahasa Inggeris.

Dengan berakhirnya sesi soal jawab tersebut maka berakhirlah sesi dengan Tun. This might  be once in a lifetime experience buat saya dan saya sememangnya sangat menghargai memori ini. Terima kasih untuk Akademi Belia kerana Berjaya menganjurkan ruang ilmiah ini. Setelah sesi di auditorium berakhir, Tun dijemput ke suatu tempat untuk mengadakan sidang media. 


Anwar Hadi merupakan salah seorang mc untuk program ini


Iqram dinzly turut hadir untuk program ini


Norin juga merupakan mc untuk program tersebut



Selain itu, bagi program Akademi Belia ini, seramai 30 orang telah terpilih untuk makan tengahari bersama Tun tetapi saya tidak terpilih untuk ke makan tersebut. Namun saya tidaklah begitu kecewa kerana saya dapat berselfie dengan Tun. Hahaha. Terlalu ramai yang ingin  bergambar dengan Tun dan saya kira peluang berselfie dengan Tun itu merupakan satu rare moment buat diri saya.

Saya mengikuti beliau sehingga ke kereta dan ternyata, lelaki yang berumur 89 tahun ini memandu sendiri dari rumah ke tempat tersebut, Perdana Leadership Foundation. Saya amat terkejut apabila melihat di tempat pemandu dan bukan di tempat duduk belakang. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Tun, semoga Tun berada dibawah perlindungan Allah dan semoga beliau juga dipanjangkan umurnya lagi untuk terus berkhidmat untuk Malaysia. Doa saya sentiada ada nama Tun didalamnya.

Tugas kita sebagai belia sebenarnya adalah lebih besar lagi dan semoga kita diberikan kekuatan daripada Allah untuk menggalas tangungjawab dan menempuhi dugaan-dugaan itu. 

Program #Inspireseries ini bukan hanya setakat "Aku dapat selfie dan jumpa dengan Tun Dr Mahathir hari ni!" tetapi lebih kepada pengaplikasian ilmu dan nasihat daripada Tun supaya kita dapat membentuk sebuah negara yang berdaya saing dan maju pada masa hadapan. Insyaallah, jika diberikan kesempatan lagi, saya ingin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang Akademi Belia bakal anjurkan.

Setelah Tun pulang, saya berkesempatan pula untuk berselfie dengan Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan pengasas Akademi Belia ini. Apabila bertanya sama ada boleh ke saya berselfie dengan beliau, maka beliau pun politely said, "selfie tak boleh lah" but then his wife came to me and then suddenly said " boleh, tapi bertiga lah" dan saya pun terus kata " haa, jom jom"

Isteri beliau sangat baik dan sangat sporting orangnya saya kira. Dan saya tertarik apabila Datuk Saifuddin sendiri memanggil "yang" kepada isteri beliau. Isteri Datuk Saifuddin juga menawarkan diri untuk mengambil gambar satu pasangan India yang ingin mengambil gambar bersama Datuk Saifuddin. Saya kira perbuatan itu sebagai humble act oleh seorang yang bergelar Datin. Semoga Allah memberikan rahmat dan dipayungi perlindungan Allah kepada mereka.



Di program ini juga saya berkesempatan berjumpa dengan seorang sahabat baru yang mana beliau ditempatkan untuk duduk bersebelahan saya sepanjang program tersebut. Ketika mendaftar, peserta akan diberikan nombor dan nombor tersebut adalah nombor tempat duduk didalam auditorium tersebut. Sahabat baru yang saya kira cukup hebat dari sudut akademiknya ini merupakan seorang Avionics System Engineer. Saya doakan beliau terus berjaya di masa hadapan dan dalam lindungan Allah sentiasa.


Sekian sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Thursday, August 14, 2014

Resepi Spaghetti senang dan mudah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

Wowwww! Rasa macam tak percaya nak share resepi Spaghetti kat sini.
HAHAHAHAHAH
Untuk seseorang yang masih merangkak nak belajar memasak, rasa macam kelakar pun ada bila nak share resepi kah kah kah!

Ada sorang member hari tu mintak resepi kuah spaghetti, fuiyoooo! Terharu jap!
*kesat aitmata drama*
Maka saya pun bagilah.
Seriously, ni first try saya buat spaghetti dan Alhamdulillah jadi hehehe~

Okay, kita start dengan Bahan-Bahan dia

-Spaghetti
- Sos Prego tomato original 1 tin
-Bawang Putih, Bawah Merah, 2-3 ulas
-Cili 3 batang (kalau nak pedas)
-Daging ayam/lembu kisar (separuh)
-Sosej ayam
-Cendawan Butang (tak wajib)
-Parmesan cheese (tak wajib)

Cara-cara

Kuah Spaghetti

1. Okay first skali, potong-potongla bawang merah, bawang kecil and cili tu ye sebab kita nak tumis benda-benda tu dulu.

2. Panaskan kuali dengan minyak, lepas tu campakkan bawang kecil, bawang putih dan cili tu dengan lemah gemalai sebab kalau campak dengan kasar karang melecur pipi tu haaa padan muka. #eh 
Okay lepas tu biarla sekejap.

3. Lepas tu masukkan daging ayam kisar tu separuh. Ikutlah masak untuk berapa orang, kalau untuk 2-3 orang separuh pun cukup dah. Gaullah sementara dia masak tu. Dia akan jadi gentelan ayam la nanti.

4. Masukkan cendawan butang. Cendawan ni ikutlah nak masukkan ke tak. Ada orang tak suka. Ada orang suka. Terpulang ikut masing-maasing punya citarasa. Biarkan sekejap dalam 2 minit camtu.

5. Barulah masukkan sos prego. Mudahnya lahai ada sos prego ni. Takde keje aku nak potong-potong dan kisar tomato. Dah ada sos ni kan, beli je lah, lepas tu masukkan. habis cerita. Ahahahah

6. Gaullah dan biarkan sekejap. Tambah garam sikit la dalam secubit dua ke, sebab macam saya prefer tak berapa masam sangat. So garam tu akan kurangkan rasa masam. Nak campur air sikit pun boleh untuk tak jadi terlalu masam.

Hasil kuah spaghetti akan jadi macam ala-ala ni. Ni saya buat kt kuali besar sebab buat untuk 4-6 orang makan. hehe



Mi Spaghetti

Ha, yang mi spaghetti ni, hari tu, sebelum rebus saya cucuk-cucuk dia dekat sosej. Nampak kat 9Gag sebenarnya diorang buat camtu. Sebab tu saja nak try. Haha. Menjadi la jugak hehehe~




Hasil setelah digabung bersama, Wallah!


Okay, that's all. Senang kan? Lepas ni maybe kalian boleh try ^^




Friday, August 8, 2014

CDM 23? - Cadbury, Dunhill, Mekdi dan 23 Serta Jenis-Jenis Pemboikot

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Brothers and sisters.
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.

Setelah hampir sebulan tak update blog, akhirnya bernyawa juga.

Ada 3 benda saya nak terang hari ni.
Seperti yang baca di tajuk


C D M 23


C- CADBURY

D- DUNHILL
M- MEKDI

23- UMUR AKU XD


Okay, marilah kita bermula dengan abjad C dulu. 

Sepertimana yang kita tahu, isu Cadbury ni antara isu terhangat yang melanda Malaysia tahun ni.
Cadbury yang merupakan coklat favourite rakyat Malaysia yang terdiri daripada perempuan-perempuan gemuk seperti saya, telah diakui mengandungi lemak babi. Tapi hanya dua daripada coklat tersebut yang disahkan iaitu Roast Almond dan juga Hazelnut. Tapi of course lah kita rasa ragu-ragu nak makan coklat tersebut kan? 

Lepas suatu ketika dan suatu siasatan, Jabatan Kimia dah akui yang takde DNA Babi pun disahkan dalam tu. Yang lucunya di sini, ada pihak meminta pihak Cadbury membuat peruntukan untuk menukar darah rakyat Malaysia. 


Seriously, joke of the year. *tekan perut sambil gelak guling-guling*

Islam ni mudah awok sesuka hati bagi susah kan semula. Kalau non-muslim dengar they must be like

 "wtf is this nonsense sampai kena tukar darah bagai?"


 tak ke dah jadi fitnah untuk orang Islam tu sendiri? OTL


So, kesimpulannya di sini. Rasanya isu ni dah selesai dan dah pun hampir dilupakan. 

Dan aku pun dah makan coklat cadbury semalam sebab crush adik aku bagi coklat cadbury yang besar yang Black Forest tu. HAHAHAHAAHAH

---------------------------------------------------


Okay, second. D stand for Dunhill.


Dunhill. Tahu-tahu la kan tengah cakap pasal apa? ROKOK. ROKOK. ROKOK.

Saya bersyukur jugaklah sebab ayah saya tak merokok. Dan adik-adik saya pun telah diwarning oleh kami dimana kalau diorang merokok, habislah diorang kami kerjakan *ini bukan cobaan ini betul-betul!* #BuatSuaraWatakDalamFilemPendekarBujangLapok

Lagi satu, kalau kami ni pergi mana-mana restoran dan kebetulan tempat yang kami pergi tu ada orang smoking, maaflah memang kami angkat kaki dari tempat tu.

Rokok ni dah ada dah pun fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan juga beberapa ulama Malaysia. Memang betul, tiada disebut pun didalam Alquran berkenaan merokok. Tapi itu bukan alasan hampa boleh merokok! Ini kan kes akhir zaman. Rokok mana ada zaman nabi. Tapi wujudnya para ulama ni untuk guide kita lah. 


Okay, hukum Rokok didalam Islam adalah HARAM mengikut majoriti Ulamak.

Kenapa haram? Sebab ia memudharatkan. Dan dalam Al-Quran memang ada mention pasal kemudharatan2 tersebut

“ Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan”, “ Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu”  ,   “ Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka  kepada  orang-orang yang membazir”.  “ Dan janganlah kamu   melakukan pembaziran,sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan.”


1. Kancah kebinasaan, Seperti yang kita tahu, merokok ni sangat bahayakan kesihatan. Lung cancer, Mandul, banyak lagilah yang boleh jadi effect merokok.


2. Jangan bunuh diri, memang lah kita tak literally bunuh diri tapi dengan merokok, bukan ke kematian kita tu boleh jadi perlahan dan menyakitkan?

3. Membazir. Ya, merokok memang membazir. Dan menag patut pun kerajaan Malaysia naikka harga rokok berbanding harga minyak. #eh Saya tak ingat saya baca kat mana tapi rasanya kat facebook kot? Ada seorang mamat ni berjaya kumpul duit dalam RM 3000 eh dalam suatu tempoh selepas dia berhenti merokok tu. 

Ha, kesimpulannya, berhentilah merokok!

M- Mekdi aka McDonalds


Hurm, rasanya ni lah yang paling hangat diperkatakan lately. Disebabkan isu Gaza-Israel yang tak pernah putus ni. Sebenarnya kan, Isu Palestin dan Israel ni dah lama dah. Semenjak 1948 lagi negara haram Israel ni ditubuhkan. Selepas tu, secara perlahan-perlahan mereka cuba melenyapkan rakyat Palestin dari muka bumi. Kalau nak cerita isu Israel-Palestin ni rasanya memang terlampau panjang. So apa kata anda-anda yang sedang baca, lepas ni pergi cari sendiri? Out of curiousity. and Out of responsibility. As a Muslim. And as a Human. 


Okay berbalik pada isu Mekdi ni, Mekdi dikatakan merupakan salah satu antara penyumbang untuk Israel. 



"Makcik MekDi merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.


Selain itu, tahukah anda restoran pertama Makcik MekDi di Timur Tengah adalah di negara haram Israel, yang dibuka pada tahun 1993? Makcik MekDi juga mengadakan suatu kempen di mana setiap sumbangan oleh pekerjanya kepada Dana Bersatu Yahudi, akan disamakan jumlah sumbangan tersebut oleh pihak mereka. Contohnya, restoran MekDi cawangan Chicago menyumbangkan $1 juta kepada dana tersebut, maka Makcik MekDi juga akan menyumbangkan $1 juta. Macam mana tak kaya Dana Bersatu Yahudi kalau macam tu!"




Itu aku quote dari blog Angel Pakai Gucci. beliau merupakan salah seorang yang saya respect la dalam isu dakwah ni. Lantang tapi dalam masa yang sama faham jiwa anak muda dan sengkatan sebaya dengannya.

Dalam masa yang sama, ada banyak kategori orang dalam Isu boikot ni. 


1. Yang Pertama, Ada yang 100%  boikot, Anti sungguh. Berhati perut kononnya. Tapi mereka adalah makhluk yang tak solat. Dan berbicara isu boikot sambil melepaskan asap rokok berkepul-kepul di udara. Dan mengutuk dan memboikot pula orang yang tak join boikot ni. Yang merasakan mulianya hati dia sendiri kerana boikot dan hinanya orang lain kerana tidak memboikot. 

2. Golongan yang 100% firm dan cakna isu boikot dan barang boikot tapi dalam masa yang sama tak judge orang lain sekiranya tak join sama. Golongan yang mana jujur dihati mereka sangat kasihan dengan rakyat2 Palestin dan dalam hatinya penuh rasa juang dan jihad yang tinggi tapi belum dapat berjuang ke Palestin. Golongan yang menyedari dan berharap bahawa Allah nampak usaha kecil yang dia sedang lakukan ini. Mereka tak judge orang yang tak boikot tapi secara senyap mendoakan bahawa mereka diperkuatkan hati untuk join boikot bersama. Golongan ini yang sedaya upaya memberi kesedaran kepada orang2 sekeliling tentang walaupun usaha boikot ini dianggap kecil di sisi Israel tapi sekurang-kurangnya mereka memberi tekanan dan teguh kepada mereka di atas kekejaman yang Israel lakukan terhadap rakyat Palestin

3. Golongan ketiga, golongan yang ikut trend. Yang sekiranya dicanang isu ini mereka akan join boikot tapi tidak secara berterusan. Kerana akhirnya mereka tewas juga. 
Sejujurnya, saya pernah berada dan mungkin sedang berada dalam golongan kelompok ketiga, dan sedang ke arah kelompok kedua. The love I got for Spicy Chicken Mc Deluxe is too damn high. Bayangkanlah dengan Kentang Goreng nya. Dah lah restoran MCD ni 24 jam ye dok? Ada wifi pulak tu. Memang selalu jadi port lepak makhluk2 yang suka balik lewat seperti saya  ni la. HAHAHAAH.    

Dalam masa kita memboikot, tak perlulah kita troll orang yang bekerja di restoran2 tersebut. Mereka cari rezeki. Barangkali mereka terdesak. Ye lah, kan sekarang ramai yang takde kerja. 

Sedangkan Dr Yusoq Qardhawi juga dah bagi Fatwa 

"Pekerja McD tidak perlu berhenti sehingga mendapat kerja yang gajinya sama atau lebih"

Jadi, janganlah kita lebih2 menghukum dan jadi Tuhan pula ya?
Semoga dikuatkan hati-hati kita dan hati2 anda yang sedang boikot barang2 Israel ni. Aminnnnn

-------------------------------------------------

23? Oh tuanya!

ya, birthday saya is on 5th August yang lalu. Ada member belanja tengok wayang pulak tu. Guardian of the galaxy 3D dekat IOI. Thank you Nazzzz. Nazz is someone I meet through twitter, it's cool that kami boleh rapatlah jugak even tak selalu jumpa. Lepas tu pergi One City pulak sebab macam awal sangat nak balik rumah. HAHAHAAH. Rata2 orang cakap One City tak best. Tapi aku suka tempat macam tu. Macam classy. Best ah. And of course Skypark dia tu pun not bad sebab aku pergi malam kot. Kalau pergi tengahari, Ha kau. mencacah matahari atas kepala. lol Waktu berdiri kat atas glass tu memang rasa bersyukur jelah sebab tak jatuh. Almaklumlah saya ni kan berat terlampau xD




Disebabkan umur dah meningkat ni, harapnya makin meningkatlah tahap kematangan, tahap pemikiran dan juga daya usaha untuk memajukan diri sendiri. Takkan selamanya nak berada di tempat biasa-biasa. Kena cabar diri sendiri. I can do it! Hiyaaaarrrrrrrggggggghhhhhhhh! Dan juga harapnya tembaklah saya dengan doa-doa kalian ye? Semoga dengan bertambahnya umur dapat bertambah keimanan.

Okay, that's all for this time. Bye2

Thursday, July 10, 2014

Nak tahu kenapa Pejuang Palestin bertopeng?

Assalamualaikum w.b.t
Brothers and Sisters,

Hari saya tulis post ini adalah sudah malam ke-13 Ramadhan untuk 2014,
tatkala Gaza dihujani peluru-peluru daripada Zionis Israel.
Sesungguhnya saya memang rasa saaaaaaaangat kecewa dengan berita-berita media barat seperti BBC, ABC, CNN, Washington Post dan sebagainya.
Cara mereka tulis artikel tu sangatlah bercanggah dengan apa yang terjadi. Buta ke apa diorang ni?
Ini isu kemanusiaan ataupun humanity, bukan sahaja isu keagamaan.
Kanak-kanak yang tak berdosa dibedil dengan peluru-peluru, usus sampai terkeluar sana ke mari Ya Allah tak sanggup nak tengok. Sangat kesian.




Dalam masa yang sama saya pun rasa diri sendiri sebagai seorang yang sangat loser kerana tiada apa yang saya dapat lakukan selain doa dan menderma. 
Kepada siapa yang nak derma ke Tabung Palestin, ni saya ada post number akaun nya. Sedikit mana pun duit yang kita ada, kita cuba lah derma ke mereka. Lebih bagus kalau dapat derma tiap-tiap bulan, secara berterusan. 

Contohnya macam kita dah niat, setiap bulan bila aku dapat gaji aku nak derma ke Tabung Palestin sebanyak RM100. 

Bak kata Nouman Ali Khan, bukan orang yang terima derma kau tu yg perlu bersyukur sebab kau derma ke mereka,Tapi kau lah yang patut bersyukur sebab kau dapat derma dekat bank simpanan akhirat kau sendiri.
Allah tu Maha Kaya. Jangan lupa.





Di sini sebenarnya saya nak kongsikan pengalaman saya, oh well sebenarnya bukanlah pengalaman saya tapi pengalaman orang, cuma orang tu cerita dekat saya. HAHA. 

Okay lah macam ni, waktu saya berpraktikal di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, salah seorang dari Ketua Bahagian dan staf kat situ tu ada bercerita tentang pengalaman mereka pergi ke Gaza melalui NGO aka non-profit organisation. Maaf saya kurang pasti di bawah NGO mana mereka pergi. Ada beberapa benda menarik yang diorang kongsikan kepada saya.

 1. Salah satu daripadanya adalah, apabila mereka dipesan oleh crew2 NGO tersebut supaya menjaga pandangan. Hah! Bunyi macam simple kan? Diorang pun macam, 

"hurmmm, okay".

Diorang rasa biasa je lah. Sekali dah sampai sana diorang kata memang Nisa' aka perempuan-perempuan kat sana semua lawa-lawa. Mata diorang, memang cantik. Dah lepas cerita kat saya tu terus cakap "astaghfirullah" lol tak jaga mata la tu? haha

2. Yang kedua, mereka dibawa ke rumah Syeikh Ahmad Yassin, antara salah seorang pejuang Palestin. Imagine betapa bertuahnya diorang? Masya Allah. Sebenarnya kan, apa yang membuat mereka buka cerita tentang kisah pergi Gaza ni adalah sebab diorang nampak saya ada pinjam buku library tu, sebenarnya kan, buku tu belum diproses tapi saya main selamba je cilok buku tu, tapi before tu saya dah tanya lah kat staf bahagian pemprosesan bahan, and diorang kata takpe, bacalah dulu. Untung kan? belum keluar dekat library tu tapi saya dah dapat baca dulu. Haha. Oh, diorang ada juga berjumpa dengan anak Syeikh Ahmad Yassin. Yang ni diorang tak cerita secara lanjut sangat.

3. Okay, yang ketiga nilah saya nak cerita sangat-sangat ni, Ketua Bahagian tu cakap, waktu mereka pergi ke sana,  kan pejuang Palestin tu ada pakai topeng kan? Lepas tu mereka tanya lah kenapa sebenarnya diorang pakai topeng eh? Lepas tu mereka jawab, sebab untuk mengelakkan diri dari fitnah. Bila ketua bahagian saya tu cerita macam tu, saya macam blur, ha? Fitnah? Fitnah apa? Memang waktu tu muka macam Brazil diganyang Jerman 7-1 la senang cerita. Blur.

Lepas tu, dia terang, sebenarnya diorang pakai sebab nak jaga diri dari perasaan Riak, Ujub dan Sum'ah, diorang tak nak muka diorang dikenali orang lepas tu orang mungkin akan cakap 

"Ha! ni lah dia saudara saya, atau kawan saya, dia tentera Hamas!" 

perkara-perkara macam ni mungkin boleh datangkan Riak, Ujub, Takbur atau Sum'ah dekat hati diorang dan diorang nak elak sungguh-sungguh benda-benda macam tu. Nampak tak? Bagaimana diorang nak pelihara hati diorang. Memang diorang berperang semua lillahi ta'ala. perghhh Masya Allah sangat dahsyat. 

Semoga Allah beri kemenangan untuk Gaza dan Palestin. 
Semoga Allah kuatkan hati-hati mereka.
Kita ni yang sebenarnya lemah tahu tak? Diorang peluru mengejar ke diorang pun masjid masih dipenuhi jemaah untuk Solat tarawih, kita ni, tak nak pergi Solat tarawih sebab terlampau kenyang semasa berbukalah apa lah. Tak pun sebab tarawikh dekat masjid tempat kita start lambat sebab ada tazkirah. Malu la weyhhhhhhhhh Ya Allah.

Oh sebelum nak habis ni saya nak share Dr Anwar Fazal punya pandangan. Ceritanya macam ni, ada seorang pembantu perubatan di surau hospital tanya beliau,

"Dr,kenapa Israel serang Palestin saja? Kenapa tak serang negara-negara lain ya? Kita tahulah dia nak rampas negara tu sebab Masjid Aqsa semua,tapi kenapa negara lain Israel tak kacau?" 

Lalu dia terus menjawab "Sebab negara lain,termasuk kita sudah SURRENDER & kalah awal-awal lagi.Kita agungkan mereka.Kita julang barangan mereka.Kita bergantung pada mereka.Pegangan kita goyah,tak sekuat rakyat Palestin yang biar apa datang,mereka tetap yakin pada ketentuan dan bantuan Allah,bukan bantuan Manusia" 

Perghhhh. Apply cold water in burn area. Memang burn sesangat hati ni. Boikot bermusim. Ya Allah kuatkanlah hati-hati kami untuk boikot barangan Israel. Untuk pengetahuan kalian, bukan setakat Mcd, tapi produk-produk nestle juga ye. Termasuklah maggi dan milo. Bak kata Syabab Musafir Kasih di facebook nya *sebagai ujian kepada follower facebook nya of course*

"Mampukah kita khususnya pelajar bertahan dengan hasutan Maggi bila ianya terhidang panas berwap di hadapan mata, dengan telur double special di dalamnya?

Atau Maggi goreng dengan bermacam lauk di dalamnya?

Termenung sendirian.
Meneguk air liur."


lagi satu dia kata

Milo dan Nescafe adalah produk Nestle. 
Nestle disebut-sebut sebagai penyumbang kepada Israhell selain McD.

Persoalannya, berjayakah anda berhenti minum air Milo dan Nescafe?
Bayangkan. Milo Ais Tabur....

Kuatkanlah hati-hati kami Ya Allah. Okay lah, itu sahajalah kot untuk kali ni. Teruskan doa-doa kalian ye kawan-kawan? Kalau boleh jangan bermusim, sentiasa letakkan mereka dalam hati-hati kita dan juga doa kita? Jom kita cuba.


Sekian, Assalamualaikum W.b.t



Tuesday, July 8, 2014

Realiti Pelajar (Sunnah dengan Pengurusan Maklumat) USIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tak jawab dosa kalau jawab sayang.
Hye I'm Maria.
Eh, bukan, I'm Julia
*eiwwwww merinding bulu tengkuk aku orang panggil Julia haha. Hanya Ustaz Adel yang panggil aku Julia lol*

I'm Juliyana and today I'm going to talk about this important issue. Important. Very important. For me, at least.



Tajuk macam gempak je kan, realiti pelajar SPM USIM haha. Tapi aku cuma nak share pengalaman je tentang apa yang aku baru hadapi tadi.

Okay macam ni, tadi pagi, 8 Julai 2014, aku pergi ke UM aka Universiti Malaya untuk discuss pasal tajuk research aku *kononnya* Tapi semua hancur punah begitu sahaja. Nak tahu kenapa? 

Macam nilah, waktu aku masuk bilik Dr yang pertama. Everything seems fine. Lecturer perempuan (nama dirahsiakan) tu pun baik je. Before tu aku ketuk lah pintu. Then aku cakap,

"nenek nenek, boleh cucu tumpang lepas hajat"

Hah! Kalau hang percaya memang akai hang tak panjang. Kah3

Okay lah, memang aku ketuk pintu dia, and dia suruh masuk semua. Bila dah masuk tu, dia tanya, awak dulu time degree buat academic project pasal apa ya? Aku pun tak boleh jawab, sebab nak tahu kenapa?

Sebab aku perlu tarik nafas dulu sebab kepenatan. Bilik dia tingkat 3 ohhhhhh, tercungap-cungap aku. And bangunan tu macam bangunan baru je so aku pun naik jelah tangga. Tak nampak lif pun. HAHA. Lecturer tu siap kata, "takpe, ambil nafas dulu" hahahaha malu beteii. 

Pastu aku teranglah kat dia yang aku tak buat projek tapi buat academic writing. Dia macam, ohhhhhhhhhhh i seeeeeeeeee. Lepas tu dia tanya la, mostly dekat information management tu study pasal apa, then aku pun terang yang kt USIM sebenarnya tu adalah minor dan bukan major. Major kita adalah Sunnah Studies. But at the same time aku explain lah subjek2 kita ada pasal library science. Then dia terus suggest kan dekat one of the Dr dekat situ. Lelaki.

Kat sinilah yang buat aku fikir dan fikir dan fikir balik tentang course yang aku mintak tu relevant ke tak dengan degree aku.

Okay macam ni, basically aku mtk 3 courses, satu Master of Computer Science and Information Technology, satu lagi Master of Library and Information Science and yang last Master of Usuluddin. And semua ni aku mintak secara mixmode iaitu coursework and research. Kalau coursework tu maksudnya kau masuk kelas macam biasa. Ada lecturer mengajar and ada assignments macam biasa. Research tu kau kena buat kajian lah. Tapi ada lah nanti supervisor yang akan guide.

Okay, Dr yang laki ni (nama dirahsiakan), dia mula2 tanya aku amek degree apa kat USIM, then aku pun cakap la "Sunnah Studies with Information management" then dia terus cakap, 

I want you to think about this really carefully. Fikir betul2. Ramai students yang terkandas.  Sebab research dekat UM ni really strict. 40 kredit just for research. 

Aku pun dah terpinga-pinga dah and secretly cakap dalam hati "eh, kenapa Dr ni belum apa2 dah macam nak jatuhkan semangat aku?"

Then Dr tu cakap, saya bukan nak jatuhkan semangat you ke apa. *macam baca hati aku plak lah dia ni ek* Saya cuma nak bagi pendapat. Saya ada ramai students yang terkandas disebabkan research. Dah 3 tahun tak grad lagi. *gulp* 

Lepas tu ada banyak perkara yang dia cakap yang membuatkan aku mengiakan dia sebab dia bersikap REALISTIK.

1. Dia kata course degree kita ni tak kukuh actually. Information Management dalam course kita tak layak digelar Information Management pun sebab Info Management ni luas dia punya konsep. Paaaaaannnnnnnngggg rasa macam ditampar2 hatiku ini. Lebam gak lah. Bukan secara literal ya kawan2. Then dia kata saya tak faham la kenapa Academician ni nak masukkan jugak ke dalam you all punya course. Ilmu tu memanglah ilmu tapi kita kena fikir jugak nanti pasal job specification. Orang semua ada hutang nak dibayar sana sini. That is so true man. Sorry but I agree with that somehow.

2. Dia kata degree kita ni macam untuk peluang pekerjaan sangat terhad. Macam tak tahu nak ke arah mana. That's his opinion lah by the way.

3. Beliau pun ada cakap yang degree kita ni tak sesuai untuk beginner. Kalau kita ni dah ada Master and Phd dalam bidang lain tapi saje nak ambil course ni untuk explore and tambah pengalaman tu takpelah. Tapi definitely not for the beginner. 

4.Dia kata Information Management dekat course kita ni sebenarnya cuma sekadar added value aka nilai tambah. Tapi kalau nak jadikan this as domain memang sukar aka tak boleh sebab information management kita ni tak kukuh pun sebenarnya.

4. Dia sarankan aku untuk ambil either Master in Islamic Studies, or Usuluddin or whatever tapi yang more kepada Islamic sebab that is our major. And dia jugak cadangkan untuk ambil Master of Education (islamic studies) sebab ada pedagogy. And dia kata kalau dia anak aku memang dia cadangkan tu. Kebetulan anak dia memang baru habis study, kt UIA. Lupa plak nak tnya laki ke perempuan. Kalau laki boleh mintak nombor ek? #eh

5. Dia tanya siapa one of our lecturer pastu dia mention Putri Saniah eh? then aku pun cakap ha'ah. Lepas tu aku mention la jugak Madam Rosalina sebab dia ajar Knowledge Management kan.

6. Dia ada jugak cakap yang yuran kat UIA mahal kalau nak ambil kat situ. Then dia jugak cakap dia suggest amek coursework instead of research or mixmode. Tapi tak tahulah dia maksudkan kat UM sahaja atau Universiti lain sebab as we know kat UM research dia memang perghhhhh sangat2 lah strict.

Lepas dah jumpa dia tu, aku jumpa la balik dgn lecturer perempuan yang mula2 yang aku pergi tu. Aku cakaplah balik a few things yang Dr laki tu cakap kat aku. And apa yang lecturer tu cakap lain pulak dgn lecturer laki tu. Antara main point Dr perempuan tu:

1. I admire your passion nak sambung study ni sebab ramai  yang prefer nak kerja terus. Diorang dah penat belajar (nampak macam masuk bakul angkat sendiri kan tapi bukannya apa, aku sebenarnya tak ready nak kerja sebab rasa ilmu di dado den ni sangat lah sedikit) OTL

2. Minat boleh dipupuk. Macam dia cakap, dia memang tak minat mengajar tapi see where she is right now? Jadi lecturer jugak. 

3. But dia ada jugak cakap yang macam menyokong ke arah Dr laki tu, dia cakap, you kena betul2 lah fikir, Solat Istikharah, Fikir nanti in the future awak kerja 8 jam sehari. Almost all your life spend dekat kerja. Kalau takde passion in what you're doing pun tak boleh jugak. Dia ada share jugak mcm ada sorang student UM tu dia study medic tp actually dia tak suka medic. Dia study sebab parents dia suruh. After degree, dia amek bidang lain. Dia kata, itu yang dia dah buat untuk parents dia. Parents dia nak degree? Tu dia dah bagi. Sekarang dia nak buat apa yang dia nak buat.

Okay kesimpulannya kat sini, aku bukan nak demotivate kan korang untuk tak ambil ke arah information system or management ke apa. Aku cuma sekadar berkongsi pendapat2 dari ahli-ahli akademik ni. Lagipun, betul apa yang mereka cakap, imagine, we're going to spend most of our time dekat kerja. And to tell you the truth, aku imagine hidup aku untuk jadi seorang lecturer kot, academician ke researcher ke. Tak tahulah maybe sebab aku perempuan kot. Dan aku sebenarnya kuat membebel so tu maybe ada kaitan? hahahaha. Passion aku memang mengajar kot. Aku ada banyak sangat benda nak bagitahu dekat next generation melalui pembacaaan aku. And one of the way is of course through mengajar kan, tak pun jadi kolumnis ke apa ke. Kalau korang lain, tu aku tak tahu.

Aku sebenarnya harap USIM gugurkan subjek2 macam consumer behaviour ke, yang subjek2 ke arah ekonomi and stuff tu lah. Baik bagi kita subjek2 macam programming ke, mungkin ada lah relevant nya sedikit dengan kita punya course. (Ceh, pandai cakap je padahal subjek2 Sir Zali bukannya skor pun lol) Tapi at least kita dapat lah pendedahan dekat programming semua. Hurm. Entahlah, itu sebenarnya terpulang kat pihak USIM sendiri. It might be hard kan, memang. Tapi at least we know the basic. Waktu aku praktikal dekat Selangor Public Library tu pun aku rasa macam knowledge aku dalam cataloging ni saaaaaaangat lah terhad. Terkial-kial bila nak catalog buku. Kita punya subjek-subjek untuk cataloging ni pun yang kita belajar tu, more to theory. Bukan praktikal. Not that I blame the lecturers. No. Not at all. Mereka hanya ditugaskan mengajar kita. And they did great actually. Macam Madam Putri Saniah, Sir Syah(i know you're reading this now sir), Sir Zali dan jugak Madam2 yang lain.

And lagi satu just nak pesan, aku tak nak yang korang fikir yg Dr lelaki tu demotivate or pandang rendah pada korang, no, tolong jangan fikir macam tu. Aku rasa dia memang jenis realist. Dia analisa perkara secara macam tu. Kita kan tahu orang ni ada banyak jenis, ada optimis, pesimis, realist. Dan dia adalah orang yang bercakap berdasarkan situasi. That's it.

Tuhan je tahu macam mana hati aku bila dia cakap macam tu. Sangat down. Tapi kalau tu hakikat, Aku kena terima. Supaya aku sendiri tak merana in the future. Aku sebenarnya dah siap dah cari artikel2 dekat jurnal2 dekat database macam proquest la, ebscohost tapi nampaknya tersadai sebegitu sahaja lah kot. Aku cari artikel pasal knowledge sharing behaviour, pasal knowledge management application failure and a few other things yang relate dgn information systems and aku dah baca dah pun most of the article, dalam 15 macam tu ada rasanya. *bagi orang yg malas macam aku, aku rasa usaha tu agak besar lol* Haha. Tapi takpelah, aku anggap jelah tu salah satu bidang ilmu yang aku tambah secara tak langsung.

Tapi tu semua tak bermakna aku tak nak sambung study ke peringkat Master. Aku nak. Tapi bukan ke arah Info Management kot. Maybe ke arah Islamic studies. Rasanya la. So far yang aku apply semua ke arah Info Management, kat UM ke UTM ke UKM ke. Somehow rasa menyesal plak. Tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik tu kan. 

Sekarang ni pulak aku buntu nak ambil research ke, mixmode ke or coursework. Dekat universiti mana? Aku dah bazir satu sem dah kot. Kalau tak bulan 9 dah boleh masuk. Ni nak kena tunggu lepas grad pulak which means masuk Februari tahun depan. Kalau aku amek research takpelah, dia bukak sepanjang tahun, tapi takdelah masuk kelas semua. Plus research boleh dapat biasiswa biasanya. Mana satu eh? Haish pening betul.

Itu jelah. tajuk je gempak sebenarnya. Sorry.