Brothers and sisters.
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.
Setelah hampir sebulan tak update blog, akhirnya bernyawa juga.
Ada 3 benda saya nak terang hari ni.
Seperti yang baca di tajuk
C D M 23
C- CADBURY
D- DUNHILL
M- MEKDI
23- UMUR AKU XD
Okay, marilah kita bermula dengan abjad C dulu.
Sepertimana yang kita tahu, isu Cadbury ni antara isu terhangat yang melanda Malaysia tahun ni.
Cadbury yang merupakan coklat favourite rakyat Malaysia yang terdiri daripada perempuan-perempuan gemuk seperti saya, telah diakui mengandungi lemak babi. Tapi hanya dua daripada coklat tersebut yang disahkan iaitu Roast Almond dan juga Hazelnut. Tapi of course lah kita rasa ragu-ragu nak makan coklat tersebut kan?
Lepas suatu ketika dan suatu siasatan, Jabatan Kimia dah akui yang takde DNA Babi pun disahkan dalam tu. Yang lucunya di sini, ada pihak meminta pihak Cadbury membuat peruntukan untuk menukar darah rakyat Malaysia.
Seriously, joke of the year. *tekan perut sambil gelak guling-guling*
Islam ni mudah awok sesuka hati bagi susah kan semula. Kalau non-muslim dengar they must be like
"wtf is this nonsense sampai kena tukar darah bagai?"
tak ke dah jadi fitnah untuk orang Islam tu sendiri? OTL
So, kesimpulannya di sini. Rasanya isu ni dah selesai dan dah pun hampir dilupakan.
Dan aku pun dah makan coklat cadbury semalam sebab crush adik aku bagi coklat cadbury yang besar yang Black Forest tu. HAHAHAHAAHAH
---------------------------------------------------
Okay, second. D stand for Dunhill.
Dunhill. Tahu-tahu la kan tengah cakap pasal apa? ROKOK. ROKOK. ROKOK.
Saya bersyukur jugaklah sebab ayah saya tak merokok. Dan adik-adik saya pun telah diwarning oleh kami dimana kalau diorang merokok, habislah diorang kami kerjakan *ini bukan cobaan ini betul-betul!* #BuatSuaraWatakDalamFilemPendekarBujangLapok
Lagi satu, kalau kami ni pergi mana-mana restoran dan kebetulan tempat yang kami pergi tu ada orang smoking, maaflah memang kami angkat kaki dari tempat tu.
Rokok ni dah ada dah pun fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan juga beberapa ulama Malaysia. Memang betul, tiada disebut pun didalam Alquran berkenaan merokok. Tapi itu bukan alasan hampa boleh merokok! Ini kan kes akhir zaman. Rokok mana ada zaman nabi. Tapi wujudnya para ulama ni untuk guide kita lah.
Okay, hukum Rokok didalam Islam adalah HARAM mengikut majoriti Ulamak.
Kenapa haram? Sebab ia memudharatkan. Dan dalam Al-Quran memang ada mention pasal kemudharatan2 tersebut
“ Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan”, “ Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu” , “ Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir”. “ Dan janganlah kamu melakukan pembaziran,sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan.”
1. Kancah kebinasaan, Seperti yang kita tahu, merokok ni sangat bahayakan kesihatan. Lung cancer, Mandul, banyak lagilah yang boleh jadi effect merokok.
2. Jangan bunuh diri, memang lah kita tak literally bunuh diri tapi dengan merokok, bukan ke kematian kita tu boleh jadi perlahan dan menyakitkan?
3. Membazir. Ya, merokok memang membazir. Dan menag patut pun kerajaan Malaysia naikka harga rokok berbanding harga minyak. #eh Saya tak ingat saya baca kat mana tapi rasanya kat facebook kot? Ada seorang mamat ni berjaya kumpul duit dalam RM 3000 eh dalam suatu tempoh selepas dia berhenti merokok tu.
Ha, kesimpulannya, berhentilah merokok!
M- Mekdi aka McDonalds
Hurm, rasanya ni lah yang paling hangat diperkatakan lately. Disebabkan isu Gaza-Israel yang tak pernah putus ni. Sebenarnya kan, Isu Palestin dan Israel ni dah lama dah. Semenjak 1948 lagi negara haram Israel ni ditubuhkan. Selepas tu, secara perlahan-perlahan mereka cuba melenyapkan rakyat Palestin dari muka bumi. Kalau nak cerita isu Israel-Palestin ni rasanya memang terlampau panjang. So apa kata anda-anda yang sedang baca, lepas ni pergi cari sendiri? Out of curiousity. and Out of responsibility. As a Muslim. And as a Human.
Okay berbalik pada isu Mekdi ni, Mekdi dikatakan merupakan salah satu antara penyumbang untuk Israel.
"Makcik MekDi merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.
Dalam masa yang sama, ada banyak kategori orang dalam Isu boikot ni.
1. Yang Pertama, Ada yang 100% boikot, Anti sungguh. Berhati perut kononnya. Tapi mereka adalah makhluk yang tak solat. Dan berbicara isu boikot sambil melepaskan asap rokok berkepul-kepul di udara. Dan mengutuk dan memboikot pula orang yang tak join boikot ni. Yang merasakan mulianya hati dia sendiri kerana boikot dan hinanya orang lain kerana tidak memboikot.
2. Golongan yang 100% firm dan cakna isu boikot dan barang boikot tapi dalam masa yang sama tak judge orang lain sekiranya tak join sama. Golongan yang mana jujur dihati mereka sangat kasihan dengan rakyat2 Palestin dan dalam hatinya penuh rasa juang dan jihad yang tinggi tapi belum dapat berjuang ke Palestin. Golongan yang menyedari dan berharap bahawa Allah nampak usaha kecil yang dia sedang lakukan ini. Mereka tak judge orang yang tak boikot tapi secara senyap mendoakan bahawa mereka diperkuatkan hati untuk join boikot bersama. Golongan ini yang sedaya upaya memberi kesedaran kepada orang2 sekeliling tentang walaupun usaha boikot ini dianggap kecil di sisi Israel tapi sekurang-kurangnya mereka memberi tekanan dan teguh kepada mereka di atas kekejaman yang Israel lakukan terhadap rakyat Palestin
3. Golongan ketiga, golongan yang ikut trend. Yang sekiranya dicanang isu ini mereka akan join boikot tapi tidak secara berterusan. Kerana akhirnya mereka tewas juga.
Sejujurnya, saya pernah berada dan mungkin sedang berada dalam golongan kelompok ketiga, dan sedang ke arah kelompok kedua. The love I got for Spicy Chicken Mc Deluxe is too damn high. Bayangkanlah dengan Kentang Goreng nya. Dah lah restoran MCD ni 24 jam ye dok? Ada wifi pulak tu. Memang selalu jadi port lepak makhluk2 yang suka balik lewat seperti saya ni la. HAHAHAAH.
Dalam masa kita memboikot, tak perlulah kita troll orang yang bekerja di restoran2 tersebut. Mereka cari rezeki. Barangkali mereka terdesak. Ye lah, kan sekarang ramai yang takde kerja.
Sedangkan Dr Yusoq Qardhawi juga dah bagi Fatwa
"Pekerja McD tidak perlu berhenti sehingga mendapat kerja yang gajinya sama atau lebih"
Jadi, janganlah kita lebih2 menghukum dan jadi Tuhan pula ya?
Semoga dikuatkan hati-hati kita dan hati2 anda yang sedang boikot barang2 Israel ni. Aminnnnn
-------------------------------------------------
23? Oh tuanya!
ya, birthday saya is on 5th August yang lalu. Ada member belanja tengok wayang pulak tu. Guardian of the galaxy 3D dekat IOI. Thank you Nazzzz. Nazz is someone I meet through twitter, it's cool that kami boleh rapatlah jugak even tak selalu jumpa. Lepas tu pergi One City pulak sebab macam awal sangat nak balik rumah. HAHAHAAH. Rata2 orang cakap One City tak best. Tapi aku suka tempat macam tu. Macam classy. Best ah. And of course Skypark dia tu pun not bad sebab aku pergi malam kot. Kalau pergi tengahari, Ha kau. mencacah matahari atas kepala. lol Waktu berdiri kat atas glass tu memang rasa bersyukur jelah sebab tak jatuh. Almaklumlah saya ni kan berat terlampau xD
Disebabkan umur dah meningkat ni, harapnya makin meningkatlah tahap kematangan, tahap pemikiran dan juga daya usaha untuk memajukan diri sendiri. Takkan selamanya nak berada di tempat biasa-biasa. Kena cabar diri sendiri. I can do it! Hiyaaaarrrrrrrggggggghhhhhhhh! Dan juga harapnya tembaklah saya dengan doa-doa kalian ye? Semoga dengan bertambahnya umur dapat bertambah keimanan.
Okay, that's all for this time. Bye2
No comments:
Post a Comment