Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Brothers and sisters.
Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2014, saya
berpeluang menghadiri Program Inspire Series yang dianjurkan oleh Akademi
Belia. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya apabila mendapat tahu saya
bakal bertemu dengan Inspirasi hidup saya yang amat saya kagumi selama ini, Tun
Dr Mahathir Mohamad. Seramai 800 orang telah memohon untuk menyertai program ini
dan hanya 150 orang yang terpilih. Alangkah bertuahnya saya kerana dapat
menyertai program yang sangat bermanfaat ini dan juga dapat duduk betul-betul
di belakang Tun. Terasa aura Tun di sekeliling saya. Haha.
Semasa ketibaan Tun, kami dikehendaki berdiri
untuk menyanyikan lagu Negaraku. Rasa sebak sangat waktu tu sebab saya berada
betul-betul di belakang orang yang sangat berjasa untuk Malaysia. Dalam hati
saya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sanjung dan sayangnya saya terhadap
tokoh ini. Nama Tun sentiasa akan berada dalam doa saya.
Setelah itu, MC untuk program tersebut, Anwar
Hadi dan Norin menjemput Datuk Saifuddin untuk memberi sepatah dua kata sebelum
bicara bersama Tun diteruskan. Datuk Saifuddin menerangkan bahawa betapa
berjasa dan berharganya Tun di mata dunia Islam itu sendiri. Beliau juga
menambah bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang memberi bantuan
kemanusiaan kepada Iraq suatu ketika dahulu. Pada waktu mulanya, Iraq enggan
memberikan kerjasama kepada rombongan dari Malaysia tersebut tetapi disebabkan
mereka memakai vest yang berlambangkan bendera Malaysia, mereka dibenarkan
masuk.
Pihak Iraq ketika itu berbicara sesama mereka sendiri dan menyebut “Mahathir, Mahathir” dan bukan “Malaysia, Malaysia”. Maksudnya di sini, Malaysia sendiri dikenali kerana Tun Dr Mahathir. Jika tiada beliau, Malaysia masih lagi dianggap seperti tidak dikenali dalam kalangan barat.
Pihak Iraq ketika itu berbicara sesama mereka sendiri dan menyebut “Mahathir, Mahathir” dan bukan “Malaysia, Malaysia”. Maksudnya di sini, Malaysia sendiri dikenali kerana Tun Dr Mahathir. Jika tiada beliau, Malaysia masih lagi dianggap seperti tidak dikenali dalam kalangan barat.
Setelah berakhirnya Datuk Saifuddin berucap, MC
telah menjemput Ashwadi Ismail iaitu salah satu wartawan Astro Awani sebagai
moderator dan kemudian mereka menjemput pula Bapa Pemodenan ini ke atas
pentas.
Soalan pertama yang diutarakan oleh moderator
untuk Tun adalah tentang Pembentukan Identiti Bangsa Malaysia. Adakah rakyat
Malaysia pada ketika ini berada dalam landasan yang betul?
Tun menerangkan pada mulanya definisi Bangsa
Malaysia. Bangsa Malaysia adalah sebuah bangsa yang berkongsi budaya, bahasa
dan matlamat yang sama. Tun berpendapat bahawa rakyat Malaysia pada 2014 ini
semakin jauh daripada pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Berbanding 60
tahun yang lepas, ketika mencapai kemerdekaan, wakil dari semua kaum bersetuju
bahawa Malaysia akan terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.
Menurut Tun, perlu ada usaha radikal untuk
membentuk bangsa Malaysia. Beliau menyebut juga tentang kebebasan bersuara yang
digunakan sewenang-wenangnya oleh puak ekstremis manakala pihak moderat yang
merupakan kebanyakan dari rakyat Malaysia pula memilih untuk berdiam diri. Tun
juga ada menyatakan bahawa beliau tidak optimis bahawa identiti Negara Bangsa
oleh rakyat Malaysia itu dapat dicapai.
Pabila ditanya tentang langkah radikal dalam
pembentukan identiti bangsa Malaysia, Tun sekali lagi menegaskan bahawa
pentingnya puak moderat untuk bersuara berbanding golongan ekstremis kerana puak
moderat ini mewakili majoriti rakyat Malaysia. Sekiranya puak moderat berani
secara beramai untuk menolak golongan ekstremis, maka perpaduan mungkin dapat
dicapai.
Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa sistem
persekolahan banyak mengasingkan kita. Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan India, mereka masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai
medium pembelajaran. Dan sudah tentu kebanyakan pelajar-pelajar di sekolah ini
hanya terdiri daripada satu kaum sahaja. Begitu juga yang berlaku di Sekolah
Kebangsaan, majoriti pelajarnya terdiri daripada golongan yang berbangsa
Melayu. Tun juga berpendapat bahawa rakyat-rakyat Malaysia kurang bercampur
gaul dengan berbilang bangsa.
Antara langkah yang boleh dilakukan menurut Tun
adalah dengan mengadakan Sukan Tahunan yang memerlukan penglibatan dari
sekolah-sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan India. Dalam setiap pasukan perlulah disertai oleh peserta
pelbagai bangsa supaya mereka dapat bergaul dan kenal antara satu sama lain.
Menyentuh tentang Sekolah Wawasan, beliau
menyatakan bahawa apabila di kabinet, semua pemimpin daripada pelbagai kaum
bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi apabila berhadapan dengan kaum masing-masing,
mereka tidak cukup berani untuk menyatakan hasrat tersebut.
Rujuk pelaksanaan Sekolah Wawasan di sini
Masih di dalam isu pembentukan bangsa Malaysia,
Tun menambah bahawa our founding fathers iaitu wakil-wakil pemimpin daripada
pelbagai bangsa pada 60 tahun yang lepas, telah bersetuju bahawa negara ini
akan terdiri daripada rakyat berbilang kaum. Kita sepatutnya berkongsi dari
segi bidang ekonomi, politik dan juga sosial. Dari segi politik, sebuah parti
politik sepatutnya dianggotai oleh ahli yang terdiri daripda pelbagai kaum.
Manakala dari sudut ekonomi pula, diwujudkan Dasar Ekonomi Baru juga kerana
ingin meningkatkan ekonomi daripada kaum yang tertinggal.
Tun menjelaskan bahawa sistem meritrokrasi,
iaitu sistem yang hanya berlandaskan pencapaian, sebenarnya adalah tidak
sesuai. Sistem meritokrasi hanya akan membuatkan golongan yang kaya bertambah
kaya manakala yang miskin bertambah miskin.
Moderator ada bertanya berkenaan dengan
nilai-nilai universal dan Tun mempersoalkan bahawa siapakah yang menentukan
definisi nilai-nilai universal ini? Beliau berpendapat bahawa Asian values ataupun nilai-nilai Asia juga
tidak kurang hebatnya berbanding western values. Malah ianya lebih sesuai
digunakan untuk negara Asia seperti negara kita tetapi malangnya golongan muda
waktu ini amat muda terpengaruh dengan barat. Pada zaman Tun, mereka
menolak habis-habisan nilai barat. Beliau juga menyatakan rasa sedikit kecewa
bahawa golongan muda yang belajar di luar negara sendiri telah terima
bulat-bulat sistem barat tanpa mengkaji dengan lebih lanjut.
Definisi Negara Maju menurut Tun adalah
ditentukan oleh perkapita income. Perkapita income di Malaysia adalah sebanyak
11 ribu dolar Amerika. Namun bagi Tun, itu tidak menentukan kemajuan kita. Kita
akan dapati golongan yang kaya adalah terlalu kaya dan golongan miskin, adalah
teramat miskin dan dhaif. Pengurangan jurang antara kaya dan miskin ini adalah
amat penting. Tambah beliau lagi, negara yang maju mempunyai industri yang
canggih dan juga mengeluarkan barangan yang sangat berkualiti.
Dengan berakhirnya soalan berkenaan definisi
negara maju itu, maka berakhirlah soalan daripada moderator. Namun kesempatan
diberi juga kepada beberapa orang peserta untuk bertanyakan beberapa soalan
kepada Tun. Tun berkata bahawa beliau ingin menerima satu soalan pada satu-satu
masa sahaja. Beliau berseloroh dengan mengatakan “Satu satu ye soalan. Saya
lupa. Saya Melayu” dan disahut gelak tawa oleh para peserta #InspireSeries
-------------------------------------------------------
Sesi kedua merupakan sesi Question and Answer
bersama peserta #InspireSeries . Soalan pertama yang teah diberikan oleh Tun
adalah,
Sekiranya Tun diberikan kuasa, apakah langkah
yang Tun akan lakukan untuk kembalikan anak muda bagi membentuk bangsa
Malaysia?
Maka Tun pun berkata bahawa zaman ini sangat
berbeza dengan 60 tahun yang lalu. Pada 60 tahun yang lalu, bapa keluar bekerja
dan kaum ibu yang akan mengajar dan mendidik anak di rumah. Tapi pada zaman
kini, kedua ibu bapa keluar bekerja dan kurang meluangkan masa dengan
anak-anak. Masa dihabiskan banyak di sekolah. Tun menekankan tentang
nilai-nilai yang perlu diajar dari kecil lagi. Guru-guru tadika misalnya, perlu
menekankan aspek nilai disamping mengajar mereka tentang pengenalan huruf,
nombor dan sebagainya. Begitu juga dengan guru-guru agama, mereka tidak
terlatih untuk mengajar pelajar-pelajar ini dengan nilai dan akhlak yang baik
tetapi hanya menekankan tentang aspek ibadah, feqah, sirah dan sebagainya.
Sistem persekolahan sepatutnya mengajar pelajar tentang nilai dan pegangan
hidup.
Soalan kedua kepada Tun telah diberikan oleh
seorang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkenaan AEC 2015,
sama ada Malaysia sudah bersedia untuk itu ataupun belum.
Tun menyatakan rasa ketidakyakinan beliau untuk
Malaysia mengamalkan sistem dagangan bebas. Hal ini adalah kerana kebanyakan
perjanjian yang dibuat selama ini banyak yang tidak memberi keuntungan kepada
kita. Pihak yang berkenaan perlulah lebih bijak membuat keputusan dan
perjanjian yang memberikan keuntungan kepada kita.
Soalan seterusnya adalah berkenaan pemansuhan
kotak bangsa dalam isian borang-borang. Adakah ia perlu ataupun tidak. Dan juga
apa implikasinya dan kebaikannya kepada masyarakat?
Tun dengan tenangnya menjawab, pemansuhan kotak
bangsa dalam isian borang itu tidak perlu. Kerana usaha untuk menaikkan
kaum yang tertinggal akan sukar dilakukan. Begitu juga di universiti, hak-hak
kaum Melayu masih perlu diberi kerana untuk kurangkan jurang kerana kita sangat
tertinggal daripada segi pendidikan.
Soalan yang diberikan oleh peserta seterusnya
adalah, sampai bila kaum Melayu masih perlu diberikan tongkat?
Soalan yang saya kira agak kontroversi ini
seperti biasa dijawab oleh Tun dengan tenang, Tun menyatakan bahawa tongkat
yang diberikan kepada kaum Melayu adalah bersifat sementara. Tetapi malangnya
ramai orang Melayu yang menganggap tongkat yang diberikan kepada mereka ini
merupakan tanda mereka adalah lebih daripada orang lain. Mereka diberikan
tongkat kerana kerajaan hanya ingin mengurangkan jurang-jurang kemunduran
daripada bangsa Melayu kerana pada zaman pemerintahan British suatu ketika
dahulu kita telah dibahagikan mengikut kaum dimana kaum Cina dapat menguasai
ekonomi, kaum India pula diberikan tugas untuk perladangan manakala kaum Melayu pula hanya terhad kepada
bidang pertanian.
Peserta yang bertanyakan soalan ini nampaknya
belum menjumpai jawapan yang beliau inginkan lalu beliau pun bertanya sekali
lagi kepada Tun, “tetapi sampai bila Tun?”
Tun menerangkan bahawa pada sekarang ini sahaja
sudah banyak hak-hak keistimewaan bagi kaum-kaum Melayu telah dikurangkan. Menurut
Tun, tongkat yang diberikan tidak dapat dibuang terus. Jika dibuang terus tanpa
bantuan dan bimbingan maka akan jatuhlah mereka. Kaum Melayu masih lagi
memerlukan bantuan dari segi pelajaran. Dari sudut pendidikan, jika ingin
menyeimbangkan bilangan kaum di Universiti Awam, maka ia perlu juga
diseimbangkan dari segi Private universiti. Di universiti-universiti awam, peratusan
kaum-kaum Melayu adalah seramai 60% berbanding kaum-kaum lain manakala di
private universiti pula, jumlah kaum Melayu hanya dalam 10% dan 90% yang lain adalah
terdiri daripada bukan Melayu.
Soalan kedua terakhir pula adalah berkenaan
tips-tips untuk membuat keputusan? Apakah yang diperlukan oleh seseorang itu
untuk membuat keputusan yang bagus seperti Tun.
Perkara penting yang diberikan oleh Tun adalah,
sebelum membuat decision making, kita seharusnya mengkaji dengan lebih mendalam
tentang sesuatu perkara tersebut. Walaupun keputusan kita itu bukanlah popular
dan tidak berapa mendapat sokongan rakyat, tetapi jika ianya bagus, maka ia
perlu diteruskan.
Seseorang pemimpin
haruslah berpandangan jauh dan dapat membuat keputusan yang memberikan keuntungan
kepada negara. Beliau memberikan contoh, sewaktu ingin melaksanakan Sepang
Circuit suatu ketika dahulu, beliau dapat banyak tentangan daripada rakyat.
Rakyat mengatakan bahawa ia adalah suatu perkara yang membazir. Berapa banyak
sangatlah rakyat Malaysia ini yang ingin berlumba di litar Sepang tersebut.
Tetapi menurut Tun, peruntukan sebanyak 270 juta terhadap pembinaan Litar
Sepang adalah berbaloi kerana kita sebenarnya memaksa dunia untuk melihat ke
arah kita. Seperti yang kita tahu, apabila Formula One ini diadakan, ia sekaligus ianya dapat mempromosi
Malaysia sebagai satu tempat pelancongan. Kerana ianya akan
disiarkan ke 300 buah negara, dimana sekiranya kita ingin membuat promosi
pelancongan ke negara-negara tersebut, ia juga menelan belanja yang besar iaitu
sebanyak ratusan ribu yang hanya memakan masa 1 minit.
Rupa-rupanya program #Inspireseries ini juga
disertai oleh seorang International student. Sebelum bertanyakan soalan, beliau
memperkenalkan diri beliau dengan menyatakan nama dan juga menyatakan beliau
adalah seorang International Student dan sedang menuntut di MMU dan beliau amat
menyanjungi Tun Dr Mahathir. Beliau menyatakan bahawa, sekiranya terdapat satu
pesanan oleh Tun, apakah pesanan tersebut yang dapat diberikan oleh Tun yang
dapat membangunkan negara beliau. Setelah soalan berakhir, Tun bertanya daripada
beliau daripada negara mana dan beliau
menjawab Bangladesh.
Tun menyatakan bahawa, sistem demokrasi amat
bagus untuk memilih pemimpin. Tetapi rakyat perlu tahu terlebih dahulu definisi
demokrasi. Kebanyakan rakyat tidak tahu definisi demokrasi yang sering
dicanang-canang. Dari segi sistem demokrasi, sesebuah parti politik tidak
selalunya menang. Kadang-kadang akan juga menerima kekalahan. Tetapi ramai yang
tidak dapat menerima kekalahan tersebut tetapi sebaliknya menuduh pihak lawan
melakukan penipuan dan sebagainya. Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau
telah menang 5 kali pilihanraya dan beliau juga dituduh melakukan penipuan pada
ketika itu. Tetapi mereka tidak dapat membuktikan apa-apa di mahkamah.
Begitu sekejap masa berlalu, soalan terakhir telah
pun tiba dan saya berasa masa tersebut sangatlah singkat. Masa yang telah
dipenuhi dengan pendapat dan nasihat-nasihat bernas daripada Tun sendiri.
Soalan terakhir pula adalah berkenaan dengan
bahasa. Adakah bahasa Melayu ini penting untuk masa sekarang?
Tun menjawab dengan mengatakan bahawa beliau
pernah menulis satu artikel di NST (New Straits Times) tentang betapa
pentingnya bahasa Melayu.
Namun harus beliau akui bahawa “The language of
knowledge is English”
Lagi-lagi dari segi ilmu Sains dan juga Matematik. Ilmu
sains mengalami penukaran dan penambahan setiap hari kerana pesatnya
kajian-kajian yang dilakukan. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah amat perlu.
Jika kita gagal untuk meguasai Bahasa Inggeris, kita hanya akan menjadi bangsa
pengguna dan bukan bangsa pencipta.
Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “Habis,
yang Jepun dan Korea tu macam mana?” Tun menjawab,
“Saya pernah ke Jepun,
pernah ke Korea, bahasa apakah yang saya gunakan dengan mereka?”
Persoalan yang
diberikan beliau itu beliau biarkan begitu sahaja dan rasanya kita sudah cukup
bijak untuk mengatakan bahasa apa yang beliau telah gunakan untuk berbicara
dengan pemimpin Jepun dan Korea tersebut. Jepun juga mengakui bahawa bahasa
untuk mendapatkan ilmu adalah bahasa Inggeris. Banyak jurnal-jurnal di Jepun adalah
berbahasa Inggeris.
Dengan berakhirnya sesi soal jawab tersebut
maka berakhirlah sesi dengan Tun. This might
be once in a lifetime experience buat saya dan saya sememangnya sangat menghargai memori ini. Terima kasih untuk Akademi Belia kerana Berjaya menganjurkan
ruang ilmiah ini. Setelah sesi di auditorium berakhir, Tun dijemput ke suatu
tempat untuk mengadakan sidang media.
Anwar Hadi merupakan salah seorang mc untuk program ini
Iqram dinzly turut hadir untuk program ini
Norin juga merupakan mc untuk program tersebut
Selain itu, bagi program Akademi Belia
ini, seramai 30 orang telah terpilih untuk makan tengahari bersama Tun tetapi
saya tidak terpilih untuk ke makan tersebut. Namun saya tidaklah begitu kecewa
kerana saya dapat berselfie dengan Tun. Hahaha. Terlalu ramai yang ingin bergambar dengan Tun dan saya kira peluang
berselfie dengan Tun itu merupakan satu rare moment buat diri saya.
Saya
mengikuti beliau sehingga ke kereta dan ternyata, lelaki yang berumur 89 tahun
ini memandu sendiri dari rumah ke tempat tersebut, Perdana Leadership Foundation. Saya amat terkejut apabila
melihat di tempat pemandu dan bukan di tempat duduk belakang. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Tun, semoga Tun berada dibawah
perlindungan Allah dan semoga beliau juga dipanjangkan umurnya lagi untuk terus
berkhidmat untuk Malaysia. Doa saya sentiada ada nama Tun didalamnya.
Tugas kita sebagai belia sebenarnya adalah lebih besar lagi dan semoga kita diberikan kekuatan daripada Allah untuk menggalas tangungjawab dan menempuhi dugaan-dugaan itu.
Program #Inspireseries ini bukan hanya setakat "Aku dapat selfie dan jumpa dengan Tun Dr Mahathir hari ni!" tetapi lebih kepada pengaplikasian ilmu dan nasihat daripada Tun supaya kita dapat membentuk sebuah negara yang berdaya saing dan maju pada masa hadapan. Insyaallah, jika diberikan kesempatan lagi, saya ingin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang Akademi Belia bakal anjurkan.
Setelah Tun pulang, saya berkesempatan pula untuk berselfie dengan Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan pengasas Akademi Belia ini. Apabila bertanya sama ada boleh ke saya berselfie dengan beliau, maka beliau pun politely said, "selfie tak boleh lah" but then his wife came to me and then suddenly said " boleh, tapi bertiga lah" dan saya pun terus kata " haa, jom jom"
Isteri beliau sangat baik dan sangat sporting orangnya saya kira. Dan saya tertarik apabila Datuk Saifuddin sendiri memanggil "yang" kepada isteri beliau. Isteri Datuk Saifuddin juga menawarkan diri untuk mengambil gambar satu pasangan India yang ingin mengambil gambar bersama Datuk Saifuddin. Saya kira perbuatan itu sebagai humble act oleh seorang yang bergelar Datin. Semoga Allah memberikan rahmat dan dipayungi perlindungan Allah kepada mereka.
Isteri beliau sangat baik dan sangat sporting orangnya saya kira. Dan saya tertarik apabila Datuk Saifuddin sendiri memanggil "yang" kepada isteri beliau. Isteri Datuk Saifuddin juga menawarkan diri untuk mengambil gambar satu pasangan India yang ingin mengambil gambar bersama Datuk Saifuddin. Saya kira perbuatan itu sebagai humble act oleh seorang yang bergelar Datin. Semoga Allah memberikan rahmat dan dipayungi perlindungan Allah kepada mereka.
Di program ini juga saya berkesempatan berjumpa dengan seorang sahabat baru yang mana beliau ditempatkan untuk duduk bersebelahan saya sepanjang program tersebut. Ketika mendaftar, peserta akan diberikan nombor dan nombor tersebut adalah nombor tempat duduk didalam auditorium tersebut. Sahabat baru yang saya kira cukup hebat dari sudut akademiknya ini merupakan seorang Avionics System Engineer. Saya doakan beliau terus berjaya di masa hadapan dan dalam lindungan Allah sentiasa.
Sekian sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment