Saturday, June 7, 2014

Movie Review (The Journey)



THE JOURNEY

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Tak jawab dosa kalau jawab sayang (buat gaya Maria Eleena skekkkk)
Hyeeeeeeeeeeee
Baru dapat semangat nak hidupkan balik blog ni. 
Blog ni dah lama terkandas.
Dulu banyak tulis benda mengarut je.
Sebabkan rasa nak beri nafas baru pada blog saya ni maka saya padamlah post-post yang lama tu. 
Sebagai permulaan, saya nak bagi review sikit pasal this awesome and fantastic movie called
 "THE JOURNEY"
Bacalah. 





The Journey. Sebuah perjalanan.
Sebuah filem Cina dari Malaysia yang patut ditonton oleh semua.
Banyak benda yang boleh dapat dari filem ni.
Ia bukan filem cintan cintan tahi kucing yang tidak logik malah bukan juga cerita gangster belasah-belasah pailang hape segala.
Filem ni pasal kehidupan. Realiti hidup.
Jalan ceritanya mudah tapi sarat dengan mesej penting di dalamnya.
No wonder cerita ni boleh dapat kutipan tertinggi filem setakat ni.
 *Betul ke? taram je sebenarnya ni tapi rasanya betul*
Anyway, review saya ni sebenarnya tak layak pun dipanggil review.
Sebabnya saya ceritakan dari sudut penceritaan je, bukan dari sudut pencahayaan ke apa ke lagi yang membentuk sebuah filem yang bagus ke, tu semua saya tak reti sebenarnya.
So ni mainly pasal saya punya opinion pasal cerita ni okay? :)

FIlem ni mengisahkan tentang sebuah perjalanan seorang ayah dengan bakal menantunya iaitu seorang Mat Saleh, mencari kembali rakan-rakan lama mereka di merata-rata negeri hanya untuk menjemput mereka menghadiri jemputan perkahwinan anak perempuan mereka. Anak perempuannya tidak sehaluan dengan ayahnya pada mulanya walaupun mereka sebenarnya sangat saling sayang menyayangi. Anak beranak kan? Air dicincang kan takkan putus. Betul tak? :)


Scene paling menarik dalam filem ni bagi saya adalah apabila ayah dia beri nasihat pada bakal menantu dia. Masing-masing tak faham sebenarnya bahasa yang mereka gunakan. Mat Saleh tu tak reti cakap cina. Uncle tu pun sikit2 je boleh faham english. Tapi diorang guna bahasa hati kot? Barangkali.

Mereka sangat tak sehaluan pada mulanya disebabkan ayah perempuan tersebut sangat berpegang kepada adat-adat lama kaum Cina. Dia lebih rela anak perempuannya berkahwin dengan seorang lelaki cina juga berbanding dengan seorang Mat Saleh. Babak ni sangat pendek tapi buatkan saya sedu sedan seketika seperti menonton Khabhi Khushi Khabhi Gham. Habis basah dan melekit baju saya dek air mata dan mucus. HAHAHAHA. *jijik gila eiwww*

Pengajaran yang saya dapat dari filem ni

1.  Air dicincang takkan putus (ugh, tipikalnya ayat takpelah sekali sekala guna peribahasa kan) Ha, benda ni kan pasal anak dengan ayah mainly nya kan, so nak cakap yang perhubungan anak dengan ayah tu sememangnya wujud. Walaupun sebenarnya si bapa tak tunjuk sangat kasih sayang dia dengan anak-anak. Dia bukan seperti ibu yang biasanya menzahirkan kerinduan dan kasih sayang. Tapi tidak untuk sang ayah, mereka lebih menyokong dari segi kewangan, doa dan yakin akan kebolehan anaknya. 

2. Eh, cuba cerita sikit mana nak cari Mat Saleh yang hensenggg (handsome) dan baik macam tu? *gedik mode sambil rapatkan dua-dua belah tapak tangan ke pipi kanan* Mat Saleh dalam cerita ni sangat memahami, dan juga baik. Yelah, mungkin dah sayang sangat dengan tunang dia tu kannnn. Dengan matanya yang biru bak air di laut tu kaaaannnn. Perghhhhhh. (Terlebih cakap pasal kehenseman dia dari pengajaran)
Benjy atau nama penuhnya Benjamin dalam cerita ni mula-mula tak faham dengan chinese culture. Biasalah kan. Tapi sebab dia sayang sangat dengan tunang dia (Allah lupa pulak lahai nama dia) tu maka dia pun try lah bertolak ansur sebanyak mana yang boleh dengan ayah si perempuan tu. So pengajarannya kat sini, kasih sayang tu boleh mengubah kita la. Tak gitu? #hambarYaRobbi

3. Kegigihan si ayah untuk cari balik kawan-kawan lama mereka dia memang lah saya sangat respect. Dia kasi kad jemputan by hand kot. Despite all the technologies that we have now, he still prefer to send the card by his hand. Jauh sampai ke Penang kot dia pergi. Naik motorbike pulak tu. Perghhh. 

Takdelah, kita ni yang ada teknologi bagai ni pun kadang-kadang tak dan nak contact semua kawan-kawan lama kan. Lagi-lagi yang sekolah rendah. Entah, friendship tu agaknya tamat time tu je eh? Lepas tu, takde. Kau kau, aku aku. Tak sepatutnya macam tu kan? Kan kita dah kongsi banyak memori dolu dolu. :/

4. Okay yang keempat, adalah kegigihan kawan-kawan uncle ni untuk merealisasikan impian salah seorang kawan lama mereka yang telah meninggal dunia. Kawan dia tu suka benor dengan hot air balloon. Last2 pakcik tu bagitahu si Benjy and Benjy tu lah yang cari macam mana nak buat Air Balloon. Waktu diorang nak naikkan air balloon tu pun best. Cute nya pakcik2 tu bersungguh-sungguh betul nak naikkan belon tu. HAHAHAHA

Okay, tu jelah kot review yang saya boleh bagi. Kesimpulannya, Nora bagi 4 bintang. *sambil menunjukkan empat jari*
Eh takdelah, cerita ni boleh bagi 7 out of 10 kot bagi saya. Best. Tak rugi tengok.
Okayyy, see you next time ^___^