Alah, kalau aku taip penuh, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh pun bukannya korang baca penuh.
Haaa, kalau tengok tajuk memang nampak macam aku nak komplen pasal berat badan aku kan?
*jangan risau aku tahu apa yang korang fikir* Haha
Oh tidak, tapi bukan tu yang aku nak cakap, tapi pasal ni.
Bacalah ye.
Kau tahu tak apa yang susah bagi seorang da’ie? *bunyi macam berat kan?*
Yang susah adalah untuk tak buat kesalahan
Dimana kesalahan tu kau pernah nasihatkan orang supaya jangan buat
Tapi somehow kau pun terbuat kesalahan tu
Yang susah adalah untuk tak buat kesalahan
Dimana kesalahan tu kau pernah nasihatkan orang supaya jangan buat
Tapi somehow kau pun terbuat kesalahan tu
Tujuan kau nasihatkan orang adalah supaya bagi peringatan untuk kau sekali
Tapi bila kau terbuat khilaf tu, orang akan cakap
“Ahhh, cakap tak serupa bikin. Sendiri cakap sendiri buat”
Percayalah. Aku. Kau. Manusia.
Semua pesalah.
Semua pesalah.
Cuma Allah tutup aib kau
Allah tutup aib aku.
Aku struggle juga untuk harung nafsu aku berbuat dosa
Tegurlah aku.
Sebab kau pun, sebenarnya,
Kalau kau sedarlah, walaupun kau dengar macam berat,
Kau pun, sama macam aku.
Daie juga.
Untuk diri sendiri, untuk orang lain.
Tegurlah aku.
Sebab kau pun, sebenarnya,
Kalau kau sedarlah, walaupun kau dengar macam berat,
Kau pun, sama macam aku.
Daie juga.
Untuk diri sendiri, untuk orang lain.
Berat kalau kau buat khilaf tapi orang judge kau instead of tegur kesilapan kau.
Dalam masa yang sama, kau tak boleh ego cakap macam
Dalam masa yang sama, kau tak boleh ego cakap macam
"Hellooooooooooo, kau siapa nak judge aku?"
Eh eh, aku pun dah muak nampak orang cakap macam tu.
Ye betul, orang tak boleh judge kau melainkan Allah.
Tapi tu bukan alasan untuk kau elak daripada teguran. Faham tak?
Bila orang tegur kau, memang mula-mula susah sangat nak hadam.
Lagi-lagi untuk orang ego. Macam aku.
Tapi kau tak boleh terus tolak tepi apa yang orang tu bagi teguran.
Fikir dua tiga kali apa yang orang tu cakap. Mungkin ada betulnya. Cuma tak kena caranya.
Cara teguran tu memanglah penting tapi yang lagi penting adalah isi teguran tu.
Kita semua pernah ada dalam 2 situasi ni.
Ditegur, dan menegur,
Yang ditegur, cuba digest teguran yang diberi.
Mungkin ada betulnya apa yang si penegur tu cakap.
Yang menegur, jangan rasa diri kau dah bagus sangat sampai kau boleh buat nada yang menyakitkan hati.
Sedangkan dalam Alquran pun cakap, kalau nak berdakwah pun guna cara berhikmah.
Walaupun 'dakwah' tu kelihatan besar dalam isu ni tapi the point is, HIKMAH
Berbalik kepada isu pertama iaitu khilaf,
Memang aku cakap macam ni,
Tapi akan ada satu masa aku akan melenting bila orang tegur aku.
Sebab tu aku cakap, tegurlah aku.
Benda tu main pusing-pusing je.
Yang penting, secara berhikmah.
Tu lah aku cakap, semua benda ni.
BERAT
No comments:
Post a Comment